Friday, June 26, 2009

PERCUTIAN YANG SINGKAT TAPI...

Aku ikut ayah aku ke Pulau Pinang..Adik2 aku hanya tiga orang je yang ikut..Kami kat sana tiga hari dua malam..Kata ayah aku tempat dia bekerja ada buar hari keluarga kat sana..Hari pertama setibanya kami kat sana,kami bermalam kat Tanjung Bungah iaitu kat Copthorne Orchid Hotel..Kat sana memang best..Aku dapat releks dan cari ilham untuk buat lagu2 baru aku...Hari kedu aku kat sana,aku tak kemana2 pun..Cuma lepak kat bilik sebab.ayah aku adan rakan sekerja dia yang lain ada meeting..So dipendekkan cerita,aktiviti belah malam adalah hari keluarga..Ada dinner night..Kat situ aku dijemput buat persembahan..Oleh kerana aku tak dapat nak menghampakan orang2 yang ada kat situ,aku hanya menyanyikan dua lagu je..Selepas dinner tu,aku balik bilik dan terus buat lagu...Dan hampir pukul tiga pagi baru aku melelapkan mata..Hari ketiga,iaitu hari terakhir kami disana,kami buat aktiviti sukaneka di tepi pantai..Macam2 ragam yang aku dapat saksikan..hehehe...Selepas makan tengah hari,baru kami bergerak ke Manjung untuk pulang ke rumah...Pengalaman yang aku dapat cukup bermakna walaupun ianya hanya seketika..