Sunday, September 6, 2009

Setelah aku cuba untuk tidak bersuara apa-apa padanya,akhirnya aku mengalah.Aku tahu ketulusannya menerima ku seadanya.Tapi...aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasakan..Kenapa harus aku lalui kehidupan yang begini.Adakah tuhan menguji aku atau pun aku terlalu jahil segalanya.Sememangnya apa yang telah aku lalui amat menyakitkan dan menyiksakan.Aku tahu aku harus tabah hadapi semua ini.Tapi kadang2 aku juga punya perasaan yang halus sehingkan sukar untuk orang sekeliling memahami aku.Aku sememangnya seorang yang nerd.. .. .. !!
Hari ini....
aku dan dia....
belajar erti sabar...
belajar erti kehidupan...
hadir nya dia dalam hidupku...
buat aku tertanya tanya...
adakah ia sememangnya untuk aku...
adakalanya aku merasa...
sesak di dada...
yang seakan membunuh ku..
apakah ia salah...
untuk aku rasa sebegini....
setelah pengalaman lalu yang hampir2 membunuhku...
sumpah....
sampai bila2 pun aku tidak akan memaafkan atas semua yang sudah terjadi.. :(

Saturday, June 27, 2009

SEDAPNYER.......!!NYUM...NYUM
Hahaha...hari aku tak keluar mane2 pun..Erm..sungguh..aku takde mood nak kemane2..Tapi demi menghiburkan hati aku yang tengah terluka ni,aku masak special untuk family aku..ntah ape angin aku ntah..hehehe.....Korang teka la sendiri nama masakan aku ni ok..!!

Tengah goreng ikan nih...

Dah siap..!!




YOU BROKEN MY HEART DEAR....


Kenapa sayang....Apa salah ku padamu hingga kau buat ku begini..?Engkau sudah terlalu banyak berubah.Andainya engkau sudah tidak perlukan aku lagi atau pun sudah ada pengganti diriku,berterus teranglah agar aku bisa mengundurkan diri ku dan pergi dari hidupmu..Aku mungkin telah banyak menyusahkan dirimu hingga kau merasa bosan dan tertekan dengan sikapku..Aku tahu aku banyak kekurangan dan tak mampu menjadi yang terbaik..Tapi aku juga manusia..Punya hati..Ingin rasa di hargai,disayangi,dan dicintai...Aku masih ingat lagi kata-kata mu yang kau amat menyayangiku dan tidak mahu kehilanganku..Jika sungguh kata mu itu,buktikanlah sayang..Akan ku tunggu mu tanpa jemu meskipun aku terpaksa menelan pahitnya dan merasa sakit yang teramat sangat..Asalkan kau benar benar bahagia,itu sudah cukup buat aku lena dan tersenyum.Aku sayangkan kamu..Cintakan kamu..Sepenuh jiwa aku....!!

Friday, June 26, 2009

TENGOK WAYANG,BUAT WAYANG,MAIN WAYANG
Last night aku balik dari cc...{biasalah..on9kan..}..Aku pergi tengok wayang.Nak tahu story apa tak..?Erm..aku tengok story TRANSFOMER...Best giler dude..!!Aku masuk kul 9.40pm dan habis dalam kul 12.15am..{lame giler story tu..kalah hindustan..}


Memang penuh panggung malam tadi..Dah macam ikan sardin dalam tin aku tengok kat sinema tu time aku sampai semalam...heheheh..{orang dah gaji..memang lah ramai...semua nak habiskan duit..akekekekeh..}Yang aku nak story kat korang ni bukan pasal story yang aku tengok malm tadi...{Kalau korang nak tahu korang kena mesti pergi tengok ok..!!Tak rugi..Memang best giler..!!},tapi pasal ragam manusia kat dalam panggung tu...
Time aku nak ke tempat duduk aku,aku boleh terpijak kaki mamat nih..hahaha..!!Malu tak usah cakaplah beb.!!Tapi nak buat mcam mana,dah mamat tu tahu aku nak ke tempat duduk aku,tapi dia tak gentelman langsung..At least bangunlah jup ke..ape ke...So aku dengan selambernyer say sorry kat dia...Dia dengan member dia leh gelak2..Aku tak tahulah apa yang lawaknya...Mungkin pada dia say sorry tu lawak kot..Tak pun mungkin dia gelak sebab aku ni chubby..Tu lantaklah...Asalkan aku bahagia sudah..!So...time aku dah duduk,ayah aku pulak tetiba suruh aku tukar tempat dengan dia..dekat pulak dengan mamat tadilah...hehehe..aku punya malu pun tak hilang lagi,ayah dah suruh duduk kat sebelah dia..Nak tak nak aku kena lah tukar tempat dengan ayah aku..Time aku bangun tu,aku sudah cakap kat ayah aku baik2 melangkah,nanti terpijak kaki orang..tiba2 je,mamat tadi tu boleh gelak kan aku..Bengang betul aku time tuh..Itupon nak gelak jugak..Erm..Dah memang orang melayu kita nih macam ni kan...Sikit2 nak gelak...Tak faham betul aku..
So..bila aku dah duduk sambil layan popcorn dan sambil tunggu story start,aku perhatikanlah manusia2 dalam panggung tu..Memang macam2 ragam yang aku nampak..Baik yang tua,baik yang muda macam kita..Semua ada ragam tersendiri..Tengah sedap2 aku layan popcorn,tetiba jew ada satu geng mamat2 kat depan aku ni,jerit2 macam monyet..Aku tengok jew lah ragam diorang..Terutama mamat yang satu ni..Satu baris tu semua geng2 dia..Tapi mulut dia sorang jew yang paling bising{kalah sound sistem kat panggung tu}..Betul2 dia buat macam kat pasar malam..Ya tuhan..manusia macam ni pon ada jugak kat dunia nih...Bangsa lain takda pulak buat macam tu..Sepanjang story transfomer tu dia punya mulut tak henti2 beble..Ada jew yang tak kene pada dia..Aku rasa nak baling jew kotak popcorn kat kepala dia time tu..Tapi bila fikir dia pun bayar tiket wayang,aku pendam dalam hati jew lah..hehehe..Time story dah habis,dia punya mulut time tuh lagi macam siot..!!Aku tak tahu lah nak cakap macam mana..Memang malu betul lah aku tengok...Aku pulak yang rasa malu time tuh..Ye lah..semua orang tengok mamat tuh..Yang mamat2 cina kat situ bisik2 sesame sendiri..tak ke namanya mengumpat??Dengan muka malunyer,geng2 mamat tu tadi,cepat2 blah tinggalkan mamat terencat tadi..hahahaha..Memang lawak sangat...Dan kadang2 aku tak faham dengan ragam manusia terutamanya lelaki...ada yang umurnya masih muda tapi dah matang..Ada juga yang dah dewasa tapi perangainya..Erm..lu fikirlah sendiri ok..!!hehehehe..Harap korang enjoy baca story yang tak seberapa ni...

JALAN JAUH BAGI SATU KENANGAN YANG PALING MAHAL DAN TAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT
Story ni takdalah lama sangat..Masih baru lagilah..Time cuti sekolah hari tu..Time ni aku dengan family aku holiday ke Kedah..Kami ke bermalam di Alor Setar..Dan hari keduanya kami ke Bukit Kayu Hitam..Kat sana macam2 jugaklah yang kau borong..Dari make-up,perfeum,cokelat sampailah baju2..

Petang tu kami terus bergerak ke Pulau Penang..Kat sana kami bermalam kat Hotel Kristal.Malam tu kami tak kemana2 coz badan masing2 dah terlalu letih sangat..Hari ketiga kami kat sana aku ajak ayah aku ke Komtar..Apa lagi..shopping lah..hehehe...
Menjelang petang kami bermalam kat LakeTown Bukit Merah Resort..Esoknya selaepas sarapan kami teruskan program kami iaitu mandi kat Taman Tema Air kat situ..Sampai lewat tengah hari,kami pun bersiap2 untuk pulang ke rumah..Walaupun perjalanan kami pada kali ni sangat letih,tapi aku tetap seronok dan berpuas hati kerana dapat bersama2 dengan keluarga aku yang tercinta..Dan aku harap kami dapat lagi berkumpul bersama2 dan menghabiskan masa bersama...

PERCUTIAN YANG SINGKAT TAPI...

Aku ikut ayah aku ke Pulau Pinang..Adik2 aku hanya tiga orang je yang ikut..Kami kat sana tiga hari dua malam..Kata ayah aku tempat dia bekerja ada buar hari keluarga kat sana..Hari pertama setibanya kami kat sana,kami bermalam kat Tanjung Bungah iaitu kat Copthorne Orchid Hotel..Kat sana memang best..Aku dapat releks dan cari ilham untuk buat lagu2 baru aku...Hari kedu aku kat sana,aku tak kemana2 pun..Cuma lepak kat bilik sebab.ayah aku adan rakan sekerja dia yang lain ada meeting..So dipendekkan cerita,aktiviti belah malam adalah hari keluarga..Ada dinner night..Kat situ aku dijemput buat persembahan..Oleh kerana aku tak dapat nak menghampakan orang2 yang ada kat situ,aku hanya menyanyikan dua lagu je..Selepas dinner tu,aku balik bilik dan terus buat lagu...Dan hampir pukul tiga pagi baru aku melelapkan mata..Hari ketiga,iaitu hari terakhir kami disana,kami buat aktiviti sukaneka di tepi pantai..Macam2 ragam yang aku dapat saksikan..hehehe...Selepas makan tengah hari,baru kami bergerak ke Manjung untuk pulang ke rumah...Pengalaman yang aku dapat cukup bermakna walaupun ianya hanya seketika..